Selasa, Disember 08, 2015

Isteri tentera....



Bila bercakap tentang memahami kerjaya suami,saya antara berjuta wanita yang sedang belajar untuk memahami tugas dan tanggngjawab suamiku terhadap kerjaya mengikut apa yang  suamiku inginkan..agak mudah dilontarkan dengan kata-kata je tetapi agak sukar untuk direalisasikan kerana kita memerlukan 100% usaha sedaya upaya untuk melaksanakan…
Sebagai isteri kepada salah seorang ahli pasukan keselamatan Negara, saya bukanlah keutamaan no 1 buat suami.Mereka bukan milik kami sahaja.No.1, mereka milik Negara,dan keutamaan yang paling utama bagi mereka adalah Negara.Saya jatuh tempat yang ke-2…itulah konsep yang perlu saya pegang  untuk memujuk hati saya bila mana suami saya sibuk dengan tugas. Terutamanya bila kes ‘ditinggalkan’ berbulan lamanya…..saya masih dan sedang belajar untuk memahami tugasnya walau sudah 8 tahun aku bergelar isterinya…proses pembelajaran masih berjalan dan terus berjalan agar rumahtangga harmoni..kepada suamiku selamat menjalankan tugas…


Tiada ulasan:

sembang dgn kenkawan