Selasa, Disember 08, 2015

Isteri tentera....



Bila bercakap tentang memahami kerjaya suami,saya antara berjuta wanita yang sedang belajar untuk memahami tugas dan tanggngjawab suamiku terhadap kerjaya mengikut apa yang  suamiku inginkan..agak mudah dilontarkan dengan kata-kata je tetapi agak sukar untuk direalisasikan kerana kita memerlukan 100% usaha sedaya upaya untuk melaksanakan…
Sebagai isteri kepada salah seorang ahli pasukan keselamatan Negara, saya bukanlah keutamaan no 1 buat suami.Mereka bukan milik kami sahaja.No.1, mereka milik Negara,dan keutamaan yang paling utama bagi mereka adalah Negara.Saya jatuh tempat yang ke-2…itulah konsep yang perlu saya pegang  untuk memujuk hati saya bila mana suami saya sibuk dengan tugas. Terutamanya bila kes ‘ditinggalkan’ berbulan lamanya…..saya masih dan sedang belajar untuk memahami tugasnya walau sudah 8 tahun aku bergelar isterinya…proses pembelajaran masih berjalan dan terus berjalan agar rumahtangga harmoni..kepada suamiku selamat menjalankan tugas…


Sabtu, Disember 05, 2015

Bila hati berbicara....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekali lagi telah lama saya meninggalkan blog ini kerana kesibukan tugas harian.
Saya bukan siapa-siapa,tetapi hanyalah seorang surirumah ,2 orang anak yang sedang membesar.


Tajuk harini yang hendak dikongsikan ialah berkaitan hati.
Hati dianggap nadi penggerak dalam kehidupan.Bila hati dirundung kesedihan,secara tidak langsung mengganggu perjalanan rutin harian kita.Begiulah sebaliknya,sekiranya hati sedang bergembira....inshaaAllah segalanya berjalan dengan lancar sekali.Tubuh badan pun bersemangat dan menjadi cergas untuk melakukan apa jua kerja dan aktiviti.

Hati seorang manusia memang sukar untuk kita mengerti.Terkadang hati kita terlalu sensetif hingga memberi pelbagai respon bagi apa jua perkara.
Hati memerlukan penjagaan rapi seperti mana kita menjaga diri sendiri. Penjagaan hati bukan sahaja memerlukan usaha diri sendiri tetapi juga orang-orang sekeliling.

Apa yang perlu dilakukan oleh kita,kuatkan semangat dan tabahkan hati dalam apa jua situasi..Ya ,benar..berkata-kata adalah lebih mudah dari melakukannya..tetapi tanpa usaha semuanya tidak akan berhasil.
Positifkan diri kita..positifkan apa yang berlaku agar hati kita tidak terluka dek kerana perkara-perkara yang KITA sendiri tak ingini.

Pujuklah hati kita...fikirkan akan segala hikmah yang berlaku .Pasti ada hikmaj bagi setiap yang berlaku walau sebesar zarah sekalipun hal tersebut.

Dengan hati yang cekal ..inshaaAllah segala masalah yang dihadapi dapat diatasi dan dapat diharungi.

Mohonlah kepada Allah SWT agar diberi kesabaran dna hati yang tabah dalam menjalani kehidupan seharian kita.

sembang dgn kenkawan