Ahad, Oktober 11, 2009

bersyukurlah kita

Kesiannya diorang.Kita patut bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah Azza wajalla anugerahkan kepada kita.Bagaimana agaknya, sekiranya ia berlaku kepada kita?

Wallhu'alam.

Makan nasi basi 'kitar semula'


RIKA menyuapkan nasi 'kitar semula' kepada anaknya, Rahmat sambil diperhatikan oleh Umar di Koto Timur, Pariaman, Padang, baru-baru ini. -UTUSAN/AHMAD ZAKKI BIN JILAN


PADANG 10 Okt. - Beberapa genggam nasi yang sudah keras dan berbau masam diramas sebelum dimasukkan ke dalam penapis kecil.

Rika, 30, 'membilas' nasi tersebut dengan air dan memindahkannya ke dalam periuk kukusan. Selepas 10 minit, nasi yang 'dikitar' semula itu menjadi hidangan untuk ibu itu bersama dua orang anaknya.

Sebagai perisa tambahan, Rika menabur sedikit garam di atas nasi tersebut.

Dengan renungan kosong, dia menyuap perlahan-lahan nasi yang masih panas itu. Selepas beberapa suap, Rika berhenti.

"Cukuplah untuk mengalas perut dalam keadaan darurat.

"Nasi ini masih elok cuma sedikit berbau tapi selepas dibasuh bersih-bersih, boleh dimakan lagi," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kampung Koto Timur, Pariaman.

Kawasan tersebut paling teruk dilanda gempa bumi pada minggu lalu.

Ditanya mengenai bantuan makanan, Rika berkata, dia sudah menerimanya tetapi dalam jumlah yang terhad.

Lantaran itu, katanya, keperluan makanan untuk dua orang anaknya, Umar, 5, dan Rahmat, 3, terpaksa didahulukan.

"Jangan salah faham, bantuan makanan sudah diterima cuma saya tidak sanggup melihat mereka berlapar, beras yang baru saya masak untuk anak-anak.

"Mahu meminta-minta makanan daripada orang lain saya malu, lagipun nasi yang saya makan ini masih elok, tidak baik membazir," katanya yang mendiami sebuah khemah di pekarangan rumah jirannya. - Utusan

sembang dgn kenkawan