Ahad, Ogos 30, 2009

kelajuan membunuh...





















Inilah hasilnya kalau bawak laju-laju.Dan inilah hasilnya, diatas kecuaian kita.Ingat, nyawa kita bukannya boleh ditukar ganti.

Gambar ni aku ambik kat workshop masa nak ambik barang-barang yang masih ade dalam kereta petang tadi.Terkejut jugak aku mula-mula tengok kereta ni.

Aku redha dengan apa yang telah ditentukan ilahi.Mungkin ade hikmah disebalik segalanya.Siapa tahu?Hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku sangat bersimpati pada keluarga student yang pergi tak kembali tu..Moga roh mereka di cucuri dan dilimpahi rahmat Allah ta'ala.



Selasa, Ogos 25, 2009

cuti sekolah

Cuti sekolah dah bermula...maka bermulalah hari-hari aku buat tuisyen kat rumah ni.penat?Alhamdulillah..setakat ni ok lagi...seronok sikit cuti sekolah kalai ni, sebab adik ipar yang bakal amik spm dan adik yg bakal pmr datang rumah aku..at least takdelah otak aku ni lembap je...

aktif la sikit minda aku ni...

lagipun aku suka nak ngaja orang ni, aku rasa sonok dapat kongsi ilmu yg ada pada aku..walaupun secubit je ilmu aku , tapi kalao diorang dapat praktikkan dan dan dapat pulak ajar orang lain dgn pemahaman yang aku turunkan,lagilah aku rasa seronooooooook sgt.

Lagipun aku tanaklah jadi surirumah je, tapi surirumah yang up to date dan berilmu.

to sump up, aku sukaaaaaaaaaaaaaaa mengajar dan it makes me feel good..


Sabtu, Ogos 22, 2009

sudah ditakdirkan...

myMetro » Setempat

‘Ramadan, Aidilfitri ini suram’






PORT DICKSON: “Sambutan Aidilfitri kali ini pasti suram apabila anak kesayangan kami tiada lagi,” kata bapa kepada Md Harul Anuar Abdul Hamid, 23, seorang daripada tiga pelajar Politeknik Port Dickson (PPD) yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 21.7 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, kelmarin.

Abdul Hamid Md Isa, 55, berkata beberapa hari lalu, anak lelakinya itu meminta wang RM60 kerana mahu membeli tiket bas untuk pulang berhari raya di Johor Bahru, bulan depan.

“Saya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa.

“Malam tadi (kelmarin) saya mendapat panggilan telefon daripada anggota polis memaklumkan kemalangan itu,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, semalam.


Menurutnya, arwah anak kedua daripada tiga beradik, seorang yang baik serta disenangi ahli keluarga dan rakan.


Dia yang menetap di Taman Kempas, Johor Bahru, berkata walaupun reda dengan pemergian anaknya, namun tetap sedih kerana tragedi berlaku menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, Md Harul dan dua rakannya maut, manakala seorang lagi parah selepas Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Dua rakannya yang maut ialah Mohd Khairul Zaman Md Yunus, 22, dari Taman Daya, Johor Bahru dan Mohd Hazir Mohamad, 22, dari Lubok Cina, Melaka.

Mereka dikatakan tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Pemandu kereta dikenali sebagai Kamal Nirash Feroz, 22, cedera parah dan sedang dirawat di hospital.

Ketika kejadian, mereka yang juga pelajar jurusan kejuruteraan politeknik berkenaan, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Port Dickson selepas keluar membeli barang keperluan di Seremban.

Unbelievable,tapi itulah kenyataannya. Petang tu, adik ipar nak pinjam kereta tapi berat rasannya nak bg sebab antaranya petang tu sepatutnya nak lawat kak ina kat wad PD.Tapi disebabkan tak pasti lagi sebab suami belom balik lagi, terpaksala aku bagi jugak walau hati ni cam berat je nak bagi.Aku pun masatu kepala otak cam melayang je bila adik ipar aku kata nak pinjam, then dengar la dia kata nak pergi seremban,then dia mention nama kamal.'"apa apa jelah", dalam hati aku berkata .


Then sebelum dia pergi dia kata lagi sejam setengah hantar kereta...lagi aku pening, nape plak si ude ni cakap camtu.?


dalam 10 15 pm dia balik dlm keadaan tergesa-gesa..katanya ada masalah nak pergi hosp seremban, kamal accident.dalam hati terdiam jugak la..

Dekat rumah, tunggu jela suami aku balik.dari 1015pm sampailah dalm 230 am...Punyalah lama..dalam hati bajet uruskan kereta kut.


sesampai je suami aku kat rumah, dengan tak sabarnya aku bertanya, bagaimana keadaan kereta n kamal.Suami aku jawab, "3 orang meninggal"

pergh!! terkejut giler aku..tapi bukan itu yang terkeluar kat mulut aku...bila aku dengar je..innalillahi wailaihiroji'un..

terjedu aku..macam tak percaya...perasaan bercampur baur...masa kat hospital PD tu bila suami aku bertanyakan kamal katanya telah dihantar ke hosp seremban.then org tu kata ade lagi 3, "mana?"tanya suami aku.."dah meninggal"....


astaghfirullah.....

bertimpa2..dah la kereta accident..3 orang pulak yang meninggal....tapi aku redha la..nak marah tak jadi nak marah bila tau sampai melibatkan kematian.

mati kutu aku....keesokan harinya, semua paper masuk berita ttg kejadian ni.masuk MHI dan berita pagi TV3.sekarang uruskan insurans kereta.


Al-fatihah untuk mereka semua..semoga roh mereka ditempatkan bersama org yg soleh..

sembang dgn kenkawan