Khamis, April 30, 2009

macam tak percaya

Subhanallah, maha Suci Allah...

Semalam baru je aku hadiri majlis konvokesyen student POliteknik.Saja je jalan-jalan kat sana memandangkan POliteknik ni berada dlm taman tempat tinggal aku.Tak sangka pulak akhirnya salah seorang yg mungkin aku nampak masa konvo tu dah pun meninggal.

Innalillah wa inna ilaihi roji'un...Al-Fatihah buat Allahyarmah..


Graduan maut hari konvokesyen

SEREMBAN 29 April - Kegembiraan seorang graduan menerima Diploma Perakaunan pada majlis konvokesyen Politeknik Port Dickson (PPD) semalam, berakhir dengan tragedi apabila maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Maria Idris, 21, cedera parah di bahagian badan dan kepala setelah kereta dipandunya dirempuh sebuah van berhampiran Kampung Ulu Kanchong, Rantau dekat sini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Anak Air Kundur, Batu 2, Pedas, Rembau itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas majlis konvokesyen berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pemandu van, Ithnain Baba, 28, dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa melepasi selekoh tajam berhampiran tempat kejadian.

Katanya, berikutan itu, kenderaan tersebut terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa.

Beliau berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan Maria parah setelah terperangkap di tempat duduk pemandu.

''Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota pasukan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk dirawat.

''Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 malam tadi di HTJ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Azly berkata, pemandu van berkenaan turut mengalami kecederaan dan dihantar ke HTJ untuk menerima rawatan.

Difahamkan, Maria baru menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam jurusan sama di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan sehari sebelum majlis konvokesyen tersebut.

Dia juga bekerja sebagai pembantu akauntan di sebuah syarikat swasta berhampiran Batu Caves, Selangor.

Difahamkan, ibu dan bapa mangsa turut hadir pada majlis konvokesyen itu namun mereka pulang lebih awal dengan menaiki sebuah kenderaan lain kerana Maria berhasrat ingin meraikan kejayaan bersama rakan-rakan pengajian yang lain.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pedas Tengah dekat Rembau selepas waktu zohor hari ini.

Sementara itu, seorang pensyarah PPD, Norhayati Taman berkata, Maria merupakan salah seorang pelajar yang pernah berada di bawah bimbingannya semasa menuntut di IPTA berkenaan.

Jelas beliau, mangsa menamatkan pengajian dengan cemerlang pada Jun tahun lalu setelah memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.43 serta bergiat aktif dalam kegiatan kurikulum.

aduhh..sedihnye....

Kembar Siam meninggal dunia


BAYI kembar Siam pertama Orang Asli selepas dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Jumaat lalu.


KUANTAN 29 April - Bayi kembar Siam Orang Asli pertama negara yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini Jumaat lalu, meninggal dunia pukul 5.35 petang ini.

Pengarah HTAA, Dr. Ardi Awang berkata, bayi perempuan yang bercantum dari tengah dada hingga ke pusat itu meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan.

Beliau berkata, sejak dilahirkan dengan berat 3.25 kilogram, bayi kembar berkenaan sememangnya tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

''Petang ini bayi berkenaan yang berkongsi satu hati dan jantung disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), HTAA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin akhbar melaporkan pasangan suami isteri, Leong Kang Chai, 26 dan Sina Anak Awang, 21, dari Kampung Batu 8, Rompin, mendapat bayi kembar Siam Orang Asli pertama Jumaat lalu.

Bayi kembar Siam itu dilahirkan semasa usia kandungan kira-kira 25 minggu dalam keadaan pramatang secara pembedahan di HTAA di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

Sementara itu, menurut Sina, walaupun dia sedih kerana anak kedua dan ketiganya itu hanya mampu bertahan lima hari, namun dia tetap reda dengan ketentuan Tuhan.

''Saya dan suami merancang menamakan mereka dengan nama Ayie dan Bayie namun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan mereka semakin lemah.

''Sejak pagi ini doktor memaklumkan keadaan bayi saya amat lemah kerana jantung dan hatinya gagal berfungsi dengan baik," ujarnya.

Menurutnya, dia sentiasa berada di sisi bayi berkenaan sehingga mereka disahkan meninggal dunia.

''Saya pasti akan merindui tangisan mereka. Tangisan yang saya dengar semasa mereka dilahirkan.

''Itulah tangisan pertama dan terakhir sebelum mereka dimasukkan ke dalam inkubator," katanya.

Sina menambah, dia memang menantikan anak perempuan selepas anak sulungnya seorang lelaki.

Pasangan Orang Asli itu yang berkahwin tiga tahun lalu mempunyai seorang anak lelaki bernama Ansi berusia setahun empat bula

Matahari tepat atas tropika punca cuaca panas-utusan

patutla sekarang ni rasa hangat lain macam je.Ingatkan sebab rumah dekat dgn pantai...pasal ni rupanya...subhanallah..




Matahari tepat atas tropika punca cuaca panas

KUALA LUMPUR 29 April - Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun.

Pada masa yang sama, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan.

Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.

Menurutnya, berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.

Tambah kenyataan itu, suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu.

''Keadaan cuaca panas dan kering dari pertengahan April disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.

''Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan,'' tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino.

Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

Selasa, April 28, 2009

hadis seringan ringan azab dineraka

Hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak." (Muslim)

Huraian :
1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."

4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:"Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.


http://dakwah2u.blogspot.com/2008/12/hadis-seringan-ringan-azab-di-neraka.html

Hadis : Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan Saintis



Hadis :
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya. Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


http://dakwah2u.blogspot.com/2008/12/hadis-seringan-ringan-azab-di-neraka.html

Isnin, April 27, 2009

bertuahnya menjadi seorang wanita Ver.2

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali.

2.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
lelaki soleh.

3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada
1,000 lelaki yang
jahat.

3. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

5. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke
rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

6. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak
selesai kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari pada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari pada yakut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah",Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

13.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

14. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.


Hadis nabi mengenai wanita:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam. .
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk
merindui syurga Mu.
Tak berdaya rasanya menuju ke sana lantaran godaan
syaitan & hawa nafsu.

http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/message/99135

* Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT. dan orang yang takut kepada Allah SWT. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

* Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

* Dari Aisyah ra. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu berkaitan dengan anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

* Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

* Apabila engkau dipanggil ibu bapakmu dalam waktu bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

* Wanita yang taat dan khidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

* Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang dan puasanya.

* Aisyah ra. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW., 'Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?'

Jawab baginda, 'Suaminya.

'Siapa pula berhak terhadap lelaki?'

Jawab Rasulullah SAW. 'Ibunya.'"

* Apabila perempuan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu 10.000 tahun di muka daripada suaminya.

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.


* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yaitu memakai hijab selama di dunia ini dengan istiqamah.

bertuahnya menjadi seorang ibu Ver.1

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

2. wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari


3. wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.

4. satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala

5. wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa

6. wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya

7. seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8. seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya

9. bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala


10. apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat.

kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

(my 2 little bro. , and my bro-in-law and not to forget my son)

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

(mine, my another little bro. and my mom)

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

(my daughter and her uncle=my bro-in-law)

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

(my mom-in-law)

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

(bro-in-law and big bro)

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

(my handsome and chubby hubby,Captain Amir)

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER


(My bestfriend)

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

(Allahyarham abah n little bro)

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER


(my sister)

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik



.

loghat peghak

thanks to :

MrCrackers
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4639.0

keme/aye/saye/teman/awak/kume = saya
(name teman peon...)

mike/kome/kamu/ = awak
(kome udah makan??)

ate = abis tu
(ate.. kome tak reti-reti nak mandi ke??)

raban teben =tak tentu arah
(ape kene raban teben budak ni??)

angat pijo = panas
(mak oii.. angat pijo rase badan..)

hakap = tamak
(gile hakap budak nie makan..sampai 4 ketui ayam dalam pinggan..)

ngelewor = terumbang ambing kekiri kekanan..
(ate ape kene bawak moto mengelewor ni??)

kebulor = lapar
(makk... adik tak larat nak puase.. dah kebulo bebeno dah ni...)

bolen = telanjang bulat
(ate abang ace pakaikan seluor anak tu jap.. apekehai keluor romah bolen aje..)

nyelap sador = seorang yang seperti dirasuk@ diluar kawalan
(tgk tu, pantang sebut hal kawen.. nyelap sador die..)

mengelenyor = gatal/ menengada/ gedik
(yang nie lagi sorang... jumpe muke hensem siket mule le mengelenyor.)

biot = degil
(kome jangan biot beno pun kenape.. kang apak rotan kang..)

perok = jakun/ tak pernah tgk benda
(ate... tak usah le perok bebenor.. esok kite pun beli rope itu)

muncah = banyak duit atau berharta
(auuww.. moncah le mike.. anak2 sume kroje gomen..)

toben = tua bangka
(tok tu dah toben... renti kan le kluor.. dudok romah je..)

merambu = joli sana sini


KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH = makan

menterchiker = makan

MEROLOH = Tidor.
(adi tgh meroloh...)

GHODI/KODI = repair/belek
(haaa.. yai gitu.. ghodi-ghodi kerete abah tu.. kang kena penampor ngan dia..)

YA’NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)


CIK CIBOR = pepatung
(cik cibor boleh makan ke???)

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
(tangan aku bengkak kene kala lipit)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²
(nak tgk jelebor datang le bote..)

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api
(uwwaaa... adik kene gigit semut gatey)

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah

CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
(oiii bebudak cinangor.. gie balik..)

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
(elehh... henset nokia n95 teman dah lame pakei..)

LECAH = Lumpur
(ya Allah budak nie, yang kamu main lecah kenape?? kan dah koto baju kamu..)

NGETIT /ngokak = gigit ketip

CONONGGENG = bontot ayam

ENCONOT = atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor
(nyarigh lagik aku tak eksiden tadik.. kalo tak beterabor gigi..)

BENGKIN = garang
(ate abahnye pon.. ngan anak pun nak bengkin)

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest

PUIH OPES = pejabat pos

GOMEN = kerajaan

MENTOKA = Kereta

SELAIT = lampu suluh / torch light

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE’WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit (ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.)

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah/pasir sungai (cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat
bancuh simen)

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendior

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

Tumpo =Tak bergerak,mati,habis nyawa.

Moh = Jom

Ngerengken = Kurus kering tak ada isi langsung

Sompeh = Serpih,picisan,ada cacat sikit.

SAMO = Merah Jambu

SOH = Sunyi sepi/ senyap

PAN/NYANG =Panggilan utk moyang

BESIT = Memukul dgn sesuatu spt rotan dan sbg

NGELATOK = Berdebar2 akibat terkejut

motokar = kereta

mutu = motorsikal

tak mandang = takde

gebor = selimut

limaih = tepung pelita

ce /ace = cuba /try

gostan = undur belakang

beransor = mintak diri

Ahad, April 26, 2009

aku dah bizi..

sekarang suami aku dah pindah keje kat markas staf.Dokek jo dongan umah ..tak payah risau psl jem..jalan clear je.takde la tensen2 cam masa duk KL dulu..

aku pulak sekarang ni sibuk dengan aktiviti BAKAT.Bakat ni satu persatuan untuk para istri tentera.Ni adalah pertama kali aku terlibat dgn BAKAT.Alhamdulillah...semua org kat dlm ni baik2 belaka.Dah banyak kali aku datang ikut program diorg.Dah la aku dilantik sebagai setiausaha. Duiyai.aku yg tak tau apa2 ni...kenelah jugak.memandangkan isri pegawai 3 org je.nak tak nak kene gak.

Tapi bagus gak...setiap bulan ade aktiviti.Cam jumaat lps ade aktiviti agama.Tajuk ceramah yg disampaikan, "keluarga bahagia"..bagus pengisian ceramah tu.At least memberi aku peringatan dan nasihat..selama ni mungkin terleka seketika.

Bila ade ceramah camtu, tersentak la kejap kan.?

dan satu lagi bertambah la kawan2 aku..walau diorg lagi senior dari aku tapi boleh masuk je..ade yg anak 5 la anak 6 la...orait je.

k lah...
nanti aku bebel lagi..nak masak...eehhehehe

Sabtu, April 18, 2009

'ammar-3 month old, third week




3 month old, third week


You can't see it happening but the areas in your baby's brain that control hand-eye co-ordination, hearing, language, smell and the ability to recognise objects, are developing now. That's why your baby often turns towards you and starts gurgling when he hears your voice — he's making definite attempts at socialising. If you talk and read to him often, that's the best way to spark his communication skills, even if he can't understand what you're saying just yet.

alhamdulillah sekarang ni dah pandai 'cakap' dan yang paling aku suka bila ketawa n senyum.'Ammar start ketawa masa umur dia 2 bulan.bahagianya rasa....kasihku tertumpah pada putera sulungku...

Aku dah cuba apungkan dia kat swimming pool aritu.masatu umurnya baru 2 bulan tp boleh terapung...

alamak dia dah nangis daaaaa..oklah chow dulu!!

Ahad, April 05, 2009

Congenital Hydrocele - patut amik tau kalao ade baby boy

Congenital Hydrocele - Topic Overview

What is a hydrocele?

A hydrocele (say "HY-druh-seel") is a buildup of watery fluid around one or both testicles. It causes the scrotum or groin area to swell.

A congenital hydrocele is one that a baby is born with. Hydroceles can also occur later in life for a number of reasons. This topic is about congenital hydroceles, which are found in about 1 or 2 out of 100 male newborns.1

Although the swelling may look scary, it is usually not a problem. It will probably go away by the time your baby is 2 years old.

What causes a congenital hydrocele?

A month or so before birth, a baby’s testicles move from the belly area down into the scrotum, along with a bit of the lining of the belly area. The lining shrivels up, leaving a small empty space around the testicles. This space normally closes up by the time a baby is 2 years old.

Sometimes fluid leaks into the space, filling it like a small water balloon. This is a hydrocele. When the space closes up and traps the fluid inside, it’s called a noncommunicating hydrocele. Usually, the body absorbs the fluid over time.

If the space doesn't close up the way it should, the fluid moves back and forth between the scrotum and the belly area. This is called a communicating hydrocele. The swelling comes and goes. This problem is usually fixed with surgery to help prevent a hernia in the groin.

Another type of hydrocele is a hydrocele of the spermatic cord. It is located higher up in the scrotum. The fluid is usually absorbed within a few months and at the latest by age 1 or 2. A hydrocele of the cord may be mistaken for an inguinal hernia.

What are the symptoms?

The usual symptom is a swollen scrotum. The swelling does not hurt. If your child seems to be in pain, call the doctor. Pain may mean that your child has a hernia or other problem.

How is a congenital hydrocele diagnosed?

Doctors diagnose a congenital hydrocele during a physical exam that includes questions about the child’s health. Because the swelling is often easy to see, it’s usually not hard to identify.

How is it treated?

Most of the time, all you need to do is watch for any changes in the swelling. If the swelling gets bigger or if it comes and goes, tell your doctor.

Your child may need surgery if:

  • He still has the hydrocele by age 2.
  • The swelling comes and goes.
  • The swelling feels firm.
  • The swelling gets worse.
http://children.webmd.com/tc/congenital-hydrocele-topic-overview

aduyaiiiii

aduss lama giler aku tak update blog ni.makin hari makin sibuk.kalao bukak laptop ni pun aku terpaksa buat perkara yg penting dulu,pasni aku cuba lah, banayak bende yg nak aku masukkan kat blog ni...

(sambil layan lite fm faveret aku tgh malam ni...yuhuuu)

sembang dgn kenkawan