Sabtu, Februari 14, 2009

Petang tadi aku rasa penaaaaaaat sangat..taktau la .sedang malam tadi baby 'ammar takde bangun untuk menyusu.Then, aku tido jap la bagi ilang penat n mengantuk yg amat sgt tu.Dalam nak tido sekejap tu 2 jam jugak aku tertido.

Lega rasanya dapat rehatkan badan.Bukan senang bila dah jadi ummi kepada 2 org anak yang berbeza kehendak dan ragamnya.Mungkin perbezaan usia dedua anak aku tu buat aku sikit penat.Yang sulung Nur Nadiah Ameerah ,berusia 2 tahun 9 bulan dan yang kecik baru 1 bulan 1 minggu 3 hari.

Isnin ni plak abis pantang selama 44 hari.Aku rasa cam baru je lepas bersalin....

Ahad, Februari 08, 2009

Beritahu pada muslimah itu...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman...

thanks to Bintu hassan.

Isnin, Februari 02, 2009

selamat ulangtahun kelahiran ku yang ke-26


alhamdulillah...sudah 26 tahun aku menjadi Hamba Allah dan khalifah dimuka bumi Allah ni... semoga tahun ni dan tahun yang mendatang akan lebih menceriakan , membahgiakan dan mematangkan aku dlm menempuh hidup ini. semoga Allah memberi aku umur yg panjang agar aku dpt memantapkan diri sbg muslimah serta di beri petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai oleh-NYA... Selamat hari jadi buat diriku...


Doa Hari Lahir

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi……

“Ya Allah, Engkau rawatilah kepenatanku terhadap mereka, Engkau sihatkanlah kembali cintaku kepadaMu, Engkau ringankanlah kembali setiap anggota badanku dalam bermujahadah menyempurnakan ketaatan kepadaMu, Engkau mudahkanlah jalanMu kepadaku dan wafatkanlah aku dalam keadaan Engkau Redha terhadapku, Engkau ampunilah segala dosaku, Engkau bantulah aku memberikan lebih banyak manfaat kepada ibu bapa dan adik-adikku, Engkau jadikanlah aku hanya tunduk kepadaMu, Engkau kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada semua orang yang aku sayangi, dan Engkau sampaikanlah salamku kepada Nabi Muhammad SAW beserta kaum keluarga dan sahabat baginda, Amin.”

Ahad, Februari 01, 2009

dah lama tak update...

Sekarang dah masuk bulan kelahiran aku yang ke-26.Ya Allah...begitu patas masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah masuk 26 tahun aku hidup kat dunia ni.aku masih rasa baru masuk 20-an.Baru pas SPM.Tapi rupernye aku dah ade anak 2 dah.Kadang-kadang terlupa sekejap yang aku dah ade famili sendiri.Tu semua berlaku masa aku masih belajar lagi la.Sekarang ni mungkin dah tak lupa dah sebab hidup aku 24 jam, 7 hari,dan 365 hari kalao bukan tahun lompat..menguruskan anaks and rumah.

Dunia aku sekarang adalah rumah aku.Kalau aku pergi jauh pun hanya dengan internet ni.So, aku boleh teroka dunia luar ni.Dengan internet ni la aku jumpa kenkawan lama aku.Kalao dulu aku tak suka nak join friendster sbb aku malas nak 'terlibat' tapi sekarang sbb aku tanak terputus hubungan + ramai kenkawan aku ade fs..aku terpaksa akur dgn perkembangan IT sekarang.
Alhamdulillah, walaupun aku terperuk kat umah , aku masih boleh 'bertemu' dgn kenkawan aku tak kira yg lama atau yg baru.

sembang dgn kenkawan