Selasa, Oktober 28, 2008

busynyeeeeee

sekarang ni kurang dapat nak update blog.Banyak sangat keje yang perlu dibuat sblm bersalin ni.Macam-macam keje nak dibuat kat umah ni.Barang-barang baby dah diasingkan kat satu katil baby.Semua amik barang-barang kakak dia. Alhamdulillah, hamper masa anak sulung ade lagi ..terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke wad masa aku dah bersalin arituuuuuu..

Semalam pergi senawang beli barang baby memandangkan usia kandungan dah 7 bulan lebih.Beli tambah sikit2 je, beli la baju beberapa pasang, dan tambah apa-apa yang takde.Kene wat semu tu sebelum badan ni dah tak larat nak bergerak lagi.Sonok rasanya dapat beli barang anak ni.Rasa puas hati sangat.

Pergi klinik hari Selasa aritu, berat plak tak cukup.ermm..bila kandungan dah 7 bulan lebih ni kene naik sekilo dlm masa 2 minggu.Jenuh kene makan banyak ni, tapi kene kontrol gak..Lagi 2 minggu pergi lagi klinik.Then, bila dah dekat nak bersalin tiap2 minggu kene g klinik.Tapi bagus jugak.Untuk pengawasan ...

Sabtu, Oktober 25, 2008

blajar iqra' dan solat

seronok rasanya bila akhirnya dapat mengajar anak sendiri iqra'..alhamdulillah..dah masuk minggu ke-2 dia belajar.Tapi biasalah budak-budak kecik ni ikut dialah kalau rasa dia nak dia belajarla..kalao tak dia akan kata "nanak"..paham2 jelah bila dia kata "nanak" tu.Janganlah paksa dia.Budak-budak.Kalao ngaji pun bukannye boleh fokus sgt.heheheh..

jap dia turn to another page..jap lagi dia wat itu ini  lah..tapi yg penting kita ajar dia seawal yang boleh.

dan sekarang ni jugak dia dah mula guna telekung sendiri untuk solat bersama ummi dia ni.Tapi macam biasalah rakaat pertama je ikut pastu berterabur la dia.Jap-jap perbetulkan sejadah yg senget la.Gelagat dia membuatkan aku nak tergelak masa solat..tahan jela..

Apa yang penting kita perkenalkan dia cara hidup seorang Muslim yang sebenar dan yang penting tarbiyyah anak-anak kite.Walaupun dia masih belum mengerti apa-apa lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar sampai kerebungnya..kalau dah jadi buluh, mungkin boleh..tapi susah la sikit..masih blom terlambat.Aku cuba buat yang terbaik demi mendidik anak-anak aku untuk menjadi insan yang berguna.Insyaallah.

7 bulan telah berlalu

sekarang kandungan aku dah 7 bulan.Dah 29 minggu dah, semakin memenatkan tapi aku aku bersyukur bila anak aku semakin aktif bergerak kat dalam ni.Aku tak merungut dengan keadaan ni, malah aku sangat teruja dan gembira dengan kehadiran bakal anak ke-2 ni.Bagi aku mengandung adalah suatu perkara yang menyeronokkan.satu keajaiban dan ia juga memberi satu keinsafan dalam diri kita tentang kejadian manusia, khalifah Allah swt dimuka bumi ni.

Aku pernah terbaca dalam satu majalah ni..dah lama dah 10 tahun yg lps agaknya.Betapa besarnya rahmat yg Allah turunkan buat ibu yang mengandung ni, bermula dari 'tertanamnya' benih itu di rahim si ibu sehinggalah dia melahirkan , menyusukan dan membesarkan anak tersebut.Subhanallah...

 

masih dalam mood raya

dah lama plak tak update nih..bizi sangat.harini jadual agak padat sikit .Pagi ni suami aku ada tournament kat PDGCC, PD. Mungkin dalam petang nak bertolak g KL plak .harini sorang lagi junior aku akan mendirikan rumahtangga bersama pasangannya.Dedua budak UIA.Selamat pengantin baru Ami!

Then, mlm kul 8 plak ade open house PTD(Panglima Tentera Darat) kat kem Wardieburn.Sib baik dekat je dgn umah mak lang aku.boleh la beraya rumah dia skali.Sian suami aku, nama dia naik untuk jadi penyambut tetamu.Asyik-asyik jadi penyambut tetamu..dah banyak event dia jadi penyambut tetamu.Begitulah nasib kapten ni, kira kene arah jela.tapi dah tugas nak wat camne.Karang tak naik pangkat karang susah jugak.hehheh. 

Mungki tengahmalam baru balik PD.

Part yang paling aku suka nak crita ialah..esok kenkawan sekuliah  aku akan datang.Insyaallah katanya 3 kereta.Yela kenkawan aku dah bekerja semuanya.Alhamdulillah..terubat rindu kat diorang.Then ptg tu plak mungkin ke Linggi jumpa mak aku kat sana yg ade rombongan cik kiah kat sana.

Ahad, Oktober 12, 2008

Fetal development - 27 weeks pregnant

Fetal development - 27 weeks pregnant

Approved by the BabyCentre Medical Advisory Board


Your baby now weighs nearly 2 pounds/ 875 grams and measures 14.5 inches/ 36.6 centimetres from head to toe. Her eyes open and close, she sleeps and wakes at regular intervals and she may suck a finger or thumb. 

Sweet dreams, little baby! Some experts believe that babies begin to dream by the 28th week. What do they dream about? No one knows for certain but the brain is active this week as well. The characteristic grooves on the brain's surface start to appear and more brain tissue develops. 

Chalk up any rhythmic movement you may be feeling to a case of the hiccups, which are common this week and throughout the pregnancy. Your baby has them but is breathing in amniotic fluid rather than air. A paper bag can't cure her hiccups, obviously, but an episode usually lasts only momentarily. The sensation for you may be strange but not unpleasant. 


Since your uterus is now up near your rib cage, you may now find yourself short of breath if you haven't already. Starting now and continuing through the last three months of pregnancy, you may be plagued by leg cramps, haemorrhoids, varicose veins and an itchy abdomen. Are pregnancy discomforts getting you down? Try some natural remedies to perk you up. 

If you were found to be Rh-negative earlier in pregnancy, you'll probably be tested for Rh antibodies this week or next and have an anti-D injection to combat the incompatibility. You may be offered a repeat injection at 36 weeks. 

• Note: Experts say every baby develops differently -- even in utero. These fetal development pages are designed to give a general idea of how a fetus grows in the womb. 

Jumaat, Oktober 10, 2008

Fetal development - 26 weeks pregnant

Fetal development - 26 weeks pregnant

Approved by the BabyCentre Medical Advisory Board

Measuring your baby from top to toe with his legs extended, he is about 14 inches/ 35.6 centimetres. He weighs a little more than 1.6 pounds/ 760 grams. Your baby's eyes begin to open around now. Response to sound grows more consistent toward the end of the seventh month, when the network of nerves to the ear is complete. He also continues to take small breaths and although he's only breathing in water and not air, it's still good practice for when he's born. 

Since your baby is now growing so fast, and brain development is so intense at this stage, your nutrition is very important. Continue to eat a well-balanced diet that includes plenty of grains and vegetables. Fibre-rich foods, including whole-grain breads and cereals, lentils and brown rice are high in vitamin B and help fend off constipation. 

bukan senang...hanya kerana sebijik honda cup 70

tadi aku uruskan motor allahyarham abah aku yg tersadai kat JPJ Padang Jawa.Semua tu gara2 adik aku yg masa tu jahil sgt + otak tak matang lagi+ kawan yg tak bertanggungjawab, maka dgn itu tersadaila motor tu kat sana slama 4 thn.

                  Tiba2 je dtg surat kata motor tu dah nak kene lelong.Ingatkan dah takde dah motor tu.So, bayangkan dalam masa 2 minggu nak uruskan.Pergh! ingat semudah itu nak uruskan, rupernye...bila motor kene tahan JPJ, dan owner dia dah meninggal lagi banyak keje kene buat.Pertama, dalam kes aku ni sijil kematian dah hilang.so , kene pergi JPN amik salinan.Pastu sblm pergi Amanah Raya untuk dapatkan surat kuasa pertukaran hak milik kene pergi mahkamah syariah untuk dapatkan surat Faraid.

                  Nak dapatkan surat faraid tu plak mau makan masa sebulan. Apa yg diperlukan, hanya sijil kematian dan surat beranak /IC adik beradik.Semasa proses perbicaraan yg akan dipanggil kemudian memerlukan plaintif dan 2 org saksi yg terdiri dari adik beradik.Fuhh..kene masuk mahkamah la plak.Bila dah settle semua baru pergi amanah raya.Kalau untuk pertukaran hak milik tanah mau makan setahun lebih.Tapi sebab nak tukar motor je, boleh la sekejap tak makan sampai tahun...kendian baru boleh g JPJ amik motor tu.Aku kira-kira proses nak siapkan semua urusan tu mau makan setahun lebih, tapi sbb aku berurusan dgn manusia yang berperasaan dan ada budi bicara, maka semua tu aku boleh dapatkan motor pusaka Allahyarham abah aku tu dari dilelong.Satu je aku nak ucap...Alhamdulillah....

*Credit untuk staff JPJ Padang Jawa, JPN Tg.Malim, Amanah Raya Kuala Lumpur, dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak diatas  budi bicara diorang dan atas layanan yg amat memuaskan.

Sapa tak declare harta org yang dah meninggal boleh kene penalti tu.Baru aku tau..so harini banyak yg aku belajar hanya dari menguruskan sebijik honda Cup 70 yg pada org lain mungkin tidak bernilai.Tapi bagi aku dan mak aku, ituah kenangan abadi tinggalan abah aku yang tak akan dapat diperolehi lagi.

Rabu, Oktober 08, 2008

demi anak yg tercinta

kandungan aku baru cecah 26 minggu.Tinggal lagi 2 minggu baru 7 bulan.Tapi aku dah tak larat dah.Tak macam masa mengandung dulu.Mungkin benar la anak yang aku kandungkan ni seorang putera.Lain macam je aku rasa sejak mengandung kali ke-2 ni.Aku dah tak aktif macam masa mengandung dulu.Pergerakan aku pun terbatas.Nak wat keje berat2 pun dah mengah.ermm..yang penting, anak dalam kandungan sihat walafiat.Masalah sekarang, bangaun pagi je sakit perut.Terasa keras je dalam perut..kadang selalu gak terpikir, apa la dia buat kat dalam tu ye?hehehheh..Makin hari aku menghitung hari, menungg saat kelahiran putera sulung ku.tak sabar rasanya nak menatap wajah anak yg ke-2 ni.tak sabar rasanya nak membelai dan mencurahkan segala kasih sayang ku padanya...tapi aku kene bersabar tak boleh terburu2...walau dalam kesabaran ku itu, terdetik jugak rasa ketidaksabaran..camne tu ek..dalam sabar ada tak sabarnye...hehheh
oklah...dah lewat malam ni..bukan nak tidur tapi nak check umah dah settle ke kemasnye.tak sonok tido dlm keadaan isi rumah bersepah.

selamat berhari raya

dah seminggu lebaran aidilfitri berlalu, tapi banyak lagi rumah sedara mara dan sahabat handai yang belum sempat dikunjungi.Tak bersempatan kalini.Hopefully dikesempatan akan datang boleh la datang ziarah rumah mereka yg tak sempat diziarah tahun ni.insyaallah...

sembang dgn kenkawan