Selasa, September 30, 2008

video

esok....raya!!

Alahamdulillah.esok adalah hari kemenangan buat kita , Muslimin dan muslimat semua menyambut hari lebaran yang mulia.Diatas segala jihad kita dibulan poser ni segala cabaran yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga hal-hal yang lain.

ermmm....tahun ni aku sekeluarga beraya dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.Tapi cakap pasal jalan-jalan cari makan time raya2 ni ermm...aku mengizinkan jugak badan ku..ehhehhee

suamiku dah 4 hari demam.aku plak, badan nak terasa kehangatan demam, puteriku pulak dah demam dari kelmarin ..sian dia.tapi masih boleh aktif lagi.

Harini suamiku dapat pulang awal..so, insyaallah sblm maghrib sampai le kitorang kat kampung.

Dah lama rasanya tak balik kampung.Adela dalam 2 bulan gitu.

SElamat berhari raya!!

Ahad, September 28, 2008

nak balik raya..

Sekarang dah pukul 1203 pm, tapi aku still tak mula mengemas.Biasanya kalao nak balik raya seminggu aku dah siap kan list barang apa nak bawak.Tu pun aku tak wat lagi.ermmm...nape ek?Tapi bukan nak balik raya lagi cuma terpaksa ikut suamiku pergi kl skali then hari selasa terus balik kampung.So tak perlu dia patah balik ke Telok Kemang ni ha.

Nak balik raya ni macam2 yg nak dibawak balik.Baru anak sorang kalao anak 2 aku bgau suami aku seswai bli lori je..hehehe

kalao bab ngemas barang nak balik kampung suami aku langsung tak usik.lagipun aku pun tak suka.Biar aku yang buat.Baru aku puas hati.Senang keje dia .Tetau je dah siap dan dia tau drive kereta je.Itulah tugas aku yg bergelar surirumah and i love my 'job' very much.W.alau aku terpaksa habiskan 24 jam kat umah ni pun aku gembira.Aku rasa puas hati bila aku sendiri dapat siapkan semua tu.

Tahun ni raya tanpa orang yang paling aku kasihi, Allahyarhamah opah and Allahyarham abahku.Rasa tak lengkap raya ni tapi...apa boleh buat.Kenela terima kenyataan.

Selamat hari raya semuaaaaaaaaaa!!! 

Jumaat, September 26, 2008

Sebelum kawin vs selepas kawin

Kalao bercakap pasal kawin pasti semua teruna dan dara tersenyuuuuuuum je ek..
Apa yg aku nak sampaikan ni adalah versi seorang ibu dan isteri.Alhamdulillah, aku dah lalui zaman sebelum dan selepas kawin.Dan aku dapat rasa perbezaan yg amat ketara pada diri aku selaku seorang ibu dan isteri. 

Sebagai contoh, aidil fitri bakal menjelang tiba.So,seperti ibu bapa yg lain, membuat persiapan untuk menyambut hari kebesaran ni.Sib baik kat PD ni ade 2 je pasaraya The Store and Billion. kalau ade 10 pasaraya, confirm aku naik semua 10 pasaraya tu.heheheh
Bebaru ni , pergi cari baju raya tuk anak tercinta , intan payung pengarang jantung hatiku,NUR NADIAH AMEERAH.dAan PADA MASA YG SAMA JUGAK DAH BGTAU suamiku nak suh dia belikan baju melayu.Bukan untuk sesiapa pun, tapi untuk dia jugak.

Aku pun cam biasa, sebagai seorang pengguna yang bijak, aku cari barang yg berkualiti dan berpatutan harganya.Jadi aku memilih barangan malaysia..heheheh.Nasionalistik tul aku ni ek..
Hey..siapa lagi nak support barangan tempatan kalao bukan kita tul tak?
Alhamdulillah..aku berpuas hati dgn pilihan baju raya tuk anak aku ni. ermm..harga pakaian raya dia je lebih mahal dari baju melayu bapak dia. Aku plak?mana de baju raya, bukan tak terpikir nak bli baju raya , cantik2 dihari raya. Tapi entahlah.....

haaaaaaaa!!...disinilah isu yg aku nak bawakan harini.perasaan aku ni yang rasa 'entahlah' ni..bukan sengaja tanak beli, tapi keutamaan yg aku berikan pada anak aku.So, keutamaan untuk aku jatuh ntah tangga ke berapa pun aku tak tau.ke-3 la kut.Pertama anak, suami dan diri aku sendiri.

Senang kata, bila dah kawin ni, dan dah ade anak plak tu..kita akan lebih mengutamakan anak dan suami dari diri kita sendiri. 

Dulu...dulu la sebelum aku kawin.Berapa pasang baju dan aksesori yg mesti dibeli.Tapi sejak kawin ni, kurang skit membeli.kalau shopping bukan lagi barang aku yg aku cari, tapi barang2 or baju untuk anak. Semua tu, hadir secara semulajdi, tanpa paksaan samada dalaman atau luaran.Secara semulajadinya kita tidak mementingkan diri.Begitulah besarnya kasih seorang ibu.Hingga kini, belum sepasang pun aku membeli baju raya untuk diri aku sendiri. Dan aku yakin, ini bukan terjadi pada diri aku sahaja, tapi jugak kepada para ibu yang diluar sana.Percayalah wahai anak dara sekalian.kalau sekarang ni korang rasa, korang pentingkan diri, tunggulah saatnya bila korang bergelar ibu..insyaallah, perubahan pasti akan berlaku. 

Haa!!..sekarang suami plak kene mainkan peranan.Bila dah tau istri ni semulajadinya macamtu, dia la plak yg kene belikan baju raya tuk istrinya.Sbb biasanya, si ibu susah nak pentingkan diri dia.Bagi dia, anak2 lah keutamaan baginya.

Another issue, bila bergelar ibu ni kita lebih bersabar berbanding semasa menjadi anak dara.Kesabaran tu ibarat teman hidup kita.kenapa aku cakap macam tu?
banyak perkara dan situasi yg boleh aku bawakkan disini, yg mungkin ade yg sedar dan mungkin ade yg masih tak berapa nak sedar.

situasi pertama.

Kesabaran tu boleh kita nampak masa hari pertama kita bergelar ibu.Bayi yg baru lahir, biasa ar nangis nak susu la, basahh la, yak la, kembung prut la.Kalau siang hari ok gak.Tapi ni mlm hari diwaktu semua org lena diulit mimpi , kita kena bangun untuk settlekan masaalah tu.Byangkan kul 2, 3 pagi dia nangis sebelah telinga kita.Kita gagahkan badan ni bangun untuk menenangkan dia. Sedangkan, sebelum kita kawin, kita la org yg paling tak sabar.Tambah-tambah nak bangun kul 2, 3 pagi camtu.Jgn harapla.

Dulu aku terpikir boleh ke aku menjadi ibu?manjaga anak2 aku bila diorang lahir nanti.Aku mula terbayang aku kene bangun disaat semua org dah tido,disaat aku sepatutnya berehat yang bukan hanya sekali dua, tapi lebih dari itu semata2 untuk menenangkan anaku yg tengah menangis tu.mengamuk ke aku nanti dgn teriakan tangisan anakku.?Marahkah aku? Tapi alhamdulillah aku berjaya menempuhinya.Bese ar kan.sebelum kita tempuh sesuatu perkara baru tu, memang la macam2 ketidakyakinan ada dlm diri kita. Tapi bila kita dah berada dalam situasi tu, then baru kita tau apa sebenarnya.So, moralnya, don't jump into the conclusion.dan yg paling penting kerjasam dan sokongan suami jugak.!!

Ya Allah !Kenapa ni?

Ahad yg lepas, tak tau kenapa.MUNGKIN sebab aku kurg berehat dan banyak bergerak.Menyebabkan kelemahan pergerakan bayi dalam kat dlm rahimku.Selalunya dia aktiiiiiiif sgt bergerak tapi dlm 24 jam tu aku dpt rasakan kurangnye aktiviti pergerakan dia. Dari subuh tu lagi aku rasa dia kurang bergerak, tapi mungkinn sbb aku gerak banyak sgt kut sblm tu..Tapi,aku mula panik pagi tu bila aku bangun pagi.Tak terasa lagi dia bergerak seperti kebiasaan.Mana taknye, nurse dah bgtau hemoglobin aku rendah sgt dan akan nyebabkan bayi kurg oksigen.Bila kurang oksigen, boleh nyebabkan baby lemas.Na'uzubillah...bukan senang aku nak mengandung lagi.

Tanpa membuang masa, aku pergi klinik untuk scan.Just to make sure anakku sihat. Akhirnya....alhamdulillah..doktor sahkan baby aku sihat.kebetulan masa tgh scan tu dia bergerak kuat skit.Dan paling penting aku nampak degup jantungnya.Syukur alhamdulillah...sihat rupanya anak ku."Ummi risau, sayang".
Doktor kata dia dah besar.kandungan aku pun dah masuk 6 bulan (24 weeks).Anggota badan dia pun dah berlipat2 kat dlm tu so, pergerakan takdelah cam dulu..Itu yg doktor tu bilang sama aku la.Apepun..alhamdulillah...aku akan terus berjuang untuk menjaga makan minum esp, kopi, teh, milo, and malt!!Sian aku kan?
tapi demi anak yg aku kandungkan ni, aku relakan jua..chewahhhhhh!!eh..betul ape. 





aku rinduuuuuuuu sangat part 2



Aku dah janji nak sambung tentang apa yang aku rinduuuuuuu sangat tu kan..
alhamdulillah..harini Allah ta'ala beri aku kesempatan ni untuk aku bebel lagi panjang lebar ..
agar hati aku tenang bila dapat luahkan perasaan yg ter'buku' kat hati ni.kalo sekali terbuku 
takpe gak..kalao dah berbuku-buku kat dalam hati aku ni..maunye tak ber'jilid' dah perasaan aku ni.

ok lah..sambung balik.
OR ni selain dari 4 perkara yang sebelum ni, ia juga merupakan :

5. Nursery or kindergarden

Mesti korang tak caye, kat OR nilah tempat puteri sulungku membesar.Masa dia umur 2 bulan

sampaila umur dia 5 bulan.Kalau tak kat Mahallah Halimatus Sa'adiah (Halimah) , kat OR ni la 
aku tumpangkan anak aku sementara aku g klas.
So, boleh kata semua bebudak PSYCTA dah jadi babysitter anak aku nii.
Diorang ni dapat gak skill keibubapaan untuk menempuh alam diorg plak.heii..bukan senang tau.
ni aku bg percuma je, skill ni.heheheh
Thanks a lot pada diorang yg dah bersusah payah dan berkorban demi membesarkan anak aku .
Just to name a few, Syitah, Mior, poji,fais,baim, pda, asya, nury,ayong, rini, mira,tirah, mun, mun kecik, dan raaaaaaaamai lagi.

Sampai anak aku ni kamcing giler la dgn diorang.Buakn setakat 5 bualn je.

Sampai la umo dia masuk 1 thn 6 bulan, bila aku tamat blaja kat uia tu. 
thanks gak, pada lecturer aku yg sgt la baik hati.kdg2 anak aku meragam, bese ar baby ...tak penah plak diorang halau aku dr OR ke, atau marah2 ke..alhamdulillah.diorang semua paham situasi aku.

6. Musolla 

kat OR ni jugak la kitorang solat.Biasanya kitorang solat kat OR je.Kalo rajin wat jemaah .

bila tibe time poser, tak kirala poser sunat ke, poser ramadhan, kitorang buat la circle sendiri.Iftar reramai, then solat jemaah skali.iskh..best tul la .Walau kuantity kitorang tak ramai tapi, sedikit itu yg menghidupkan OR tu.

7. Tempat tido

Kalao org lain terpaksa balik bilik diorang or g masjid, kitorang relaks je tido kat OR ni.biasanya kat blakang tabir tu.kenkadang ngantuk pas habiskan semalaman

menyiapkan assignment, tido ar dulu sblm masuk klas.Fuh!!..dapat lena skejab kat blakang tabir biru tu, walau beralas lengan and tikar getah je, lega gak.

8. port study yg baeek punya.

Tiap kali nak exam pasti ade je org duk study kat sini.Tak kirala wat last minute discussion ke, atau study sendiri.

aku salah sorgnyee.Aku akan request suamiku hantar aku tak kirala malam ke siang ke, weekdays ke weekends ke.Aku selesa study kat OR ni.
Tapi jgn g waktu siang weekend.Panas beb!!air-con diorang tutup.Tapi after 6 pm tu tak brani sensorang.Sunyi giler!!Aku lah selaluu duk sana sementara tunggu hubby aku balik
dari keje ke, atau dia ade program ke.Sib baik ade anak aku yg sentiasa tak lupa nak meriuhkan suasana.thanks my dear.

kesimpulannya, Senang kataOR ni dah jadi macam rumah ke-2 kitorang .Ade setengah tu spent their time a lot kat OR instead of their rooms.OR ni bagi semangat kat kitorang.
Aku sendiri banyak menghabiskan masa kat OR.Dalam sehari OR takan sunyi dari kehadiran kitorang.

begitulah ceritanya cik OR yang banyak berbakti kepada kitorang.Tapi OR tu dah tak digunakan lagi seperti mana yg kitorang buat dulu.Dah takde org nak hidupkan OR tu lagi.Sedey gak kan...Tinggal kenangan je la OR tu. 






Sabtu, September 20, 2008

AKU RINDUUUU SANGAT!





Sejak  tamat pengajian aku yang panjaaaaaang kat UIAM yang akuuu cintai. aku dah semakin jauhhhhhhh dari kenkawan aku.
Aku rinduuuuuuuuu sangat kat diorang..

Kalao cakap pasal UIAM semestinya kenkawan aku yang satu course dgn aku.Yela, sesama membesar ..hehehh

kalo cakap pasal course aku tu Psychology, mesti tak tinggal pasal OR (OPeration Room ) kitorang yg memang tempat kitorang "beroperasi".
Aku nak citer skit 'biografi' OR ni. 


Tarikh lahir dia             : Aku tak tau bila dia dilahirkan..

                                          yang pasti bilik tu memang ade sejak uia ni ade la kan?hehhe


Lokasi                             : level 4, HS building

Kedudukan                    : antara bilik Bro.Zaki (lecturer motivation and emotion) , 
                                      Prof. Noraini (ex- head dept. kitorang yg jugak merangkap lecturer                                                     statistic yg paling best giler...)
                                      and Bro. Haris (hehehe..lecturer yg tak pernah aku blajar dgn dia...yg aku                                           tau dia ade anak nama Marwan.)tapi skrg kat UK

How to reach there? : kalao rasa rajin n kuat kaki korang tu, naik ar tangga.kalao agak2 malas ,                                          naik ar lif.
                                       Tapi kadang2 lif pun wat hal gak, so tangga gak jd pilihan kan.
Keluasan                   : aku tak pandai nak mengagak, yg aku tau OR tu lebih besar dari master                                              
bedroom rumah aku..heheh.

Apa ade kat dalam OR?: Iskh..jgn ditanya, macam-macam ada! Kitorang ade :
 
  -2 meja, biasanya tempat kitorang study or wat keje.
  -ade 1 rak buku
  -partition dgn langsir warna biru
  (kat sinila tmpat girls tido, solat n our small kitchen-kicap, sos, dapur, tepung, garam, gula, teh, 
  mangkuk, pinggan, rak pinggan, cawan , susu anakku, botol anakku n some sort of barang baby..and bla..bla...)
  Kat blakang langsir biru ni jugakla tempat kitorang taruk semua brg2 yg dah habis digunakan setiap kali ade program
  i.e exhibition yg kitorang selalu buat


OR tu la tempat acara rasmi dan tak rasmi kitorang.OR ni patut tukar nama , bukan OR lagi..bilik ni memang multi-purpose.Waalau pun bilik ni kecik je tapi fungi dia sangaaaaaaat la 
besar.Kalao tak caye, baca ar kat bawah ni.
Antara fungsi OR pada kitorang:
   
1.Definitely tempat meeting

Biasa ar kan OR mesti ar tempat meeting.Nama pun atas nama persatuan.Meeting plak tu, bese ar, kalah meeting PM, bukan sejam dua, tapi berjam-jam.hehehheh

2.Tempat belakang tabir wat keje

dah nama pun persatuan , so any event kat OR la tempat kitorang menghabiskan masa buat banner, buat itu, ini, siapkan semuanya disini.

Dua perkara diatas normal la bagi setiap OR yg ade kat UIA ni.Haaaaa! tapi yang kat bawah ni lain skit...
tak tau ar kalau OR lain pun wat aktiviti yang agak tak 'berpersatuan ' ni gak.heheh

3. Tempat lepak paling famous skali 

Kitorang tak yah sesusah nak cari port2 baeek punya untuk melepak.
Kat OR nilah tempat kitorang melapak.Aku 'join da club' pun sejak beberapa bulan sebelum aku bergelar 'cik puan'..
Sambil melepak, kat sinila kitorang dapat informasi terkini kawan2 kitorang..

4. Dapur

Sealain berkhidmat sebagai tempat meeting , OR ni jugak jadi dapur kitorang.Kat sinia kitorang kumpul ramai2, makan ramai2 tapi bayar sorang2 tau..hehehhe.biasanya, time lunch, atau dinner..tapi paling ramai time lunch la..makan ramai2..
best tuuuu!!kitorang turun kat cafe bawah,

tapi nak bgtau skit la, bukan melepak kosong tau, kat sini aku nak huraikan skit apa itu melepak yang tak kosong bagi kitorang.Lepak kitorg lepak ilmiah..ceh!marah DBP kalo dia jumpe term ni.
(to be continued..)

HEhehe...



darah dan aku.Anemia?


Minggu lepas aku pergi klinik untuk check up seperti kebiasaan.Cuma yang luar biasanya, hemoglobin aku terlalu rendah.Kalau biasa 11 tapi aku 8.5.Kesan nya baby dalam kandungan boleh lemas or the worst thing is can cause death.

Nurse tu cakap betul2 mengejutkan aku.tapi aku salah aku jugak.makan tak berjaga.Tapi nak buat camne mengandung kalini aku betul-betul cerewet dlm banyak perkara.termasuklah makan.Aku nak makan bende yang takde dalam rumah, yang takde depan mata.Jenuh tu nak mencari.Pastu plak , nak makan bende yang baru-baru je, yang fresh2 gitu.Hopefully jangan la nanti bila anak aku lahir, cerewet plak pasal makan.


Aku teringat kisah lecturer aku yang terpaksa sediakan menu yg berbeza umtuk setiap org dalam rumah dia.Yang sulung, nak makan style kampung cam nasi goreng gitu. Yang kedua, makan style omputih gitu, ..iskh pening gak ek..kalao macam tu.Tapi itulah pengorbanan yang terpaksa seorang ibu lkaukan demi untuk membesarkan anak-anak.Dah tu plak..si anak plak menderhaka dgn mak dia..uishh...mana nye tak berdosa besar.dah bermacam2 ibu tu tanggung..ingat senang ke nak jadi wanita bergelar ibu ni..takpe nanti korang baca la pengalaman aku sebagai seorang ibu buat pertama kalinya....nantikan! (Ceh! cam rancangan tv plak)

Aku ni dah drag plak...

berbalik citer darah dan aku, tapi alhamdulillah, sekarang aku banyakkan makan hati..iskh,,jenuh tu..mujur suruh makan hati ayam..kalao btul2 makan hati uishh..siapa nak tolong nnt?hehehehdrag ...drag...drag..
Sekarang jaga la jugak makan ni.Minum jus tiap klai makan ubat .For this time being aku aku dilarang minum bende berkafein and yang ade malt.So, kopi ke, teh ke, milo ke, horlicks ke, semua tak leh..adui yai...takpe2..demi anak yang aku kandungkan ni..aku sanggup berkorban jiwa dan raga agar dia kat dalam tu sentiasa aktif, sihat , cerdas dan cergas.Takdelah macam aku ni ha..LEMBIK!ok lah..

Cao cendol !!!


eh!apa akan berlaku 18 sept ni?


Alamak, apa sebenarnya yang terjadi ek?
minyak naik lagi ke?
apa?
harga barang naik lagi?
abistu?
(korang pun tergaru2 kepala)

heheeh, sebenarnya 18 hb sept ni ulangtahun kelahiran suami ku yang ke-27, 
hehehe suspend je ek..Sebenarnya aku pun suspend gak ni, apa aku nak bagi kat dia ek.
Aku dah la tak keje,,hehheh, mana aku nak korek lubang nak cari harta qarun?
tabung mana aku nak pecah, takan aku nak mintak duit dia plak..hehhe, ntahhapahapatah ek, 
btul.. btul,,,btul..btul ( ade plak versi upin ipin kat sini ek :) )
apa aku nak bagi kat suami aku ni ek?

takpe ar..korang nantikan lepas aku celebrate nnti, yang semestinya guna duit dia gak...lawak je ek..
nak bli hadiah untuk dia pun aku kene mintak duit dia sendiri..heheheh..itu hadiah ke namanya?
tu namanya aku tolong belikan hadiah untuk dia....arghhhhhhhh..tak kiralah yang penting, aku bg hadiah 
kat dia.Itu pun menunjukkan satu inisitif yang kreatif dari aku..
ceh.!!! ni bukan kreatip lagi dah, ni namanya eko no money.. :) ..
Whatever la!!

Sabtu, September 13, 2008

dah sebulan ...

dah sebulan aku tinggalkan blog ni disebabkan kesibukan yang nyata. Alhamdulillah, aku dah setelkan segala urusan yg tertangguh selama ni.Sekarang aku hanay mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah Ta'ala, moga permohonan aku ke UIAM diterima.

Nak suruh aku bekerja bukan tak nak tapi suami tak izinkan, walau kerja kat umah je cam bukak kelas ngaji ke atau tuition ke.Teringin gak aku nak bekerja macam org lain.At least boleh bantu suami aku takdelah mengharapkan suami je..

Kat sini gak aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Mira@NorAmirah mohd.Zam sbb sudi tumpangkan aku dan anakku yang kat sebelah ni kat bilik dia selama 3 hari.Thanks,,atas layanan yg baik dari Mira.

Syukur alhamdulillah, aku berkesempatan ifthar bersama Fais, Baim, ayong, mun kecik, mira, and akram.Walaupun kitorang semua dah abis pengajian kat UIAM ni, tapi our ukhuwah still like before.We are just like brother  and sister. Like a big family.Thanks Allah , thanks for giving us this special gift.

Thanks also to Dr.Haslina Ibrahim and Ust.Jamshuri Shamsudin sebab sudi menjadi referee aku untuk application of master studies.Thanks jugak sbb diorang bersusah payah untuk siapkan report tu..heheheh..My daughter siap dapat gift from them.heheh 

Ha, anak aku yg kat sebelah ni memang suka bergaya.ementara tunggu ayah dia sampai, sempatla dia berposing kat main entrance uiam ni.Haritu gak kitorang balik PD.But before that g buka poser dulu kat Wangsa Maju.Ermmm..dah lama tul tak jalan2 area kl ni.Tapi apa nak buat, datang sini pun atas sbb urusan penting.Mungkin Insyaallah, pasni boleh la jalan2 plak ..

walau camnepun, aku happy dapat bertemu dengan kawan-kawan semua and spent some time with them.Hopefully  pasni boleh jumpa lagi diorang semua....chow! 

sembang dgn kenkawan