Rabu, November 11, 2009

aku rinduuuu......


aku rindu mereka semua...

Tgh bukak friendster kawan-kawan terjumpa gambar ni.Apa lagi meng'grab' la aku.Sekarang masing-masing dengan hiup mereka, tapi dihati kami masih sama....persahabatan yang kekal selamanya.

Me and my daughter...the best memory ever...if i can back to the time...

Dalam tak sedar dah 2 tahun ia berlalu..tapi kerinduan pada mereka terasa seperti sesaat yang lalu.Sungguh indah persahabatan ini....hingga ia sebati dihati kami.

kawan-kawan....aku rindu korang semuaa..

Ahad, Oktober 11, 2009

bersyukurlah kita

Kesiannya diorang.Kita patut bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah Azza wajalla anugerahkan kepada kita.Bagaimana agaknya, sekiranya ia berlaku kepada kita?

Wallhu'alam.

Makan nasi basi 'kitar semula'


RIKA menyuapkan nasi 'kitar semula' kepada anaknya, Rahmat sambil diperhatikan oleh Umar di Koto Timur, Pariaman, Padang, baru-baru ini. -UTUSAN/AHMAD ZAKKI BIN JILAN


PADANG 10 Okt. - Beberapa genggam nasi yang sudah keras dan berbau masam diramas sebelum dimasukkan ke dalam penapis kecil.

Rika, 30, 'membilas' nasi tersebut dengan air dan memindahkannya ke dalam periuk kukusan. Selepas 10 minit, nasi yang 'dikitar' semula itu menjadi hidangan untuk ibu itu bersama dua orang anaknya.

Sebagai perisa tambahan, Rika menabur sedikit garam di atas nasi tersebut.

Dengan renungan kosong, dia menyuap perlahan-lahan nasi yang masih panas itu. Selepas beberapa suap, Rika berhenti.

"Cukuplah untuk mengalas perut dalam keadaan darurat.

"Nasi ini masih elok cuma sedikit berbau tapi selepas dibasuh bersih-bersih, boleh dimakan lagi," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kampung Koto Timur, Pariaman.

Kawasan tersebut paling teruk dilanda gempa bumi pada minggu lalu.

Ditanya mengenai bantuan makanan, Rika berkata, dia sudah menerimanya tetapi dalam jumlah yang terhad.

Lantaran itu, katanya, keperluan makanan untuk dua orang anaknya, Umar, 5, dan Rahmat, 3, terpaksa didahulukan.

"Jangan salah faham, bantuan makanan sudah diterima cuma saya tidak sanggup melihat mereka berlapar, beras yang baru saya masak untuk anak-anak.

"Mahu meminta-minta makanan daripada orang lain saya malu, lagipun nasi yang saya makan ini masih elok, tidak baik membazir," katanya yang mendiami sebuah khemah di pekarangan rumah jirannya. - Utusan

Ahad, September 06, 2009

jamu selera



gambar tak berapa clear laaa...

Inilah resepi yg aku ambil kat internet..alhamdulillah menjadi cuma masin sbg tanda aku berpuasa..

lupa plak..ini ialah ikan kukus...sedap tau
Lepas tu pulak aku belajar kat internet..

lepas ni nak buat lagi resepi yg lain pulak.Cedok je kat internet then cuba buat.Kalao kreatif sikit,modify la sikit..

Ahad, Ogos 30, 2009

kelajuan membunuh...





















Inilah hasilnya kalau bawak laju-laju.Dan inilah hasilnya, diatas kecuaian kita.Ingat, nyawa kita bukannya boleh ditukar ganti.

Gambar ni aku ambik kat workshop masa nak ambik barang-barang yang masih ade dalam kereta petang tadi.Terkejut jugak aku mula-mula tengok kereta ni.

Aku redha dengan apa yang telah ditentukan ilahi.Mungkin ade hikmah disebalik segalanya.Siapa tahu?Hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku sangat bersimpati pada keluarga student yang pergi tak kembali tu..Moga roh mereka di cucuri dan dilimpahi rahmat Allah ta'ala.



Selasa, Ogos 25, 2009

cuti sekolah

Cuti sekolah dah bermula...maka bermulalah hari-hari aku buat tuisyen kat rumah ni.penat?Alhamdulillah..setakat ni ok lagi...seronok sikit cuti sekolah kalai ni, sebab adik ipar yang bakal amik spm dan adik yg bakal pmr datang rumah aku..at least takdelah otak aku ni lembap je...

aktif la sikit minda aku ni...

lagipun aku suka nak ngaja orang ni, aku rasa sonok dapat kongsi ilmu yg ada pada aku..walaupun secubit je ilmu aku , tapi kalao diorang dapat praktikkan dan dan dapat pulak ajar orang lain dgn pemahaman yang aku turunkan,lagilah aku rasa seronooooooook sgt.

Lagipun aku tanaklah jadi surirumah je, tapi surirumah yang up to date dan berilmu.

to sump up, aku sukaaaaaaaaaaaaaaa mengajar dan it makes me feel good..


sembang dgn kenkawan